Sunday, October 16, 2011



PERTANDINGAN MENGHASILKAN VIDEO KREATIF





Pada Sabtu yang lepas bersamaan 15 Oktober 2011 bertempat di Dataran Kedamaian Taman Tasik Taiping, Pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah menganjurkan Karnival Jalur Lebar 1 Malayisa. Karnival tersebut diadakan selama 2 hari iaitu hari Sabtu dan Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.








Salah satu program yang diadakan ialah pertandingan menghasilkan video kreatif untuk sekolah-sekolah menengah. Tiga orang pelajar dari SMKDWAR telah mewakili sekolah untuk menyertai pertandingan tersebut . Tajuk video ialah SYOKNYA JALUR LEBAR . SMKDWAR telah berjaya mendapat tempat ke 6 dan memperolehi wang RM100 dan sijil penyertaan. Pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan tersebut adalah Muhamad Nor Azamudin Bin Ahmad Embran 5SN, Muhamad Adha Bin Abdullah 5SN dan Jeyakumar a/l Veerappan 5SN. Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga orang pelajar ini.