

Bismillahirrahmanirrahim.Petang tadi terdetik pula di hati ini ingin berkongsi resipi membuat roti hot dog/roti sardin untuk kengkawan yang melayari blog saya ni.Tak kiralah samaada kengkawan cuba atau tak resipi ni,yg pentingnya bila resipi ni dah tersemat kat dalam blog saya ni, takla saya lupa resipinya bila nak dicuba lain kalikan.Almaklum, aktiviti riadah saya ni hanya pada musim cuti2 sekolah ajer.Ari bekerja tu mmg tak berdaya nak membuatnya.Sebenarnya cubaan membuat cheese cake sblm ni asalnya dr kejayaan membuat roti hot dog ni lah...hehe..Bila dah berjaya dapat buat bun hot dog, barulah mencuba buat cheese cake pulak.dok kata roti hot dog tapi gambarnye tu tak nampak pun rupa hot dognya.ha..untuk pengtahuan semua, roti yang diatas ni adalah roti kali ke 3 atau ke 4 membuatnya kalau tak silap.Sebab nak perabiskan tepung yang dibeli untuk mengelakkan pembaziran.Kali pertama,kedua dan ketiga semuanya berintikan hot dog.Cuma kali ni je tak dan nak pi beli hot dog, jadi masukkan aje inti sardin. Sedapla jugak.
Bahan-bahannya :
Hot Dog(Brand Ramly)
(Hot dog ni saya kelar-kelarkan dahulu,then panggang atas kuali yg dilenserkan dgn sdikit butter.Balikkan-balikkan.Sambil tu percikkan sedikit lada sulah dan seasoning.Agak-agak separuh masak angkat.Toskan.)
Untuk Doh :
270gm tepung high protein
50gm tepung superfine
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh bread softener
60gm gula
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telor
30 gm butter
1/2 sudu teh garam
140ml air suam-suam kuku + 1 1/2 sudu teh instant yis- dilarutkan
Caranya:
Pecahkan telur dan pukul sedikit.Campurkan semua bahan-bahan ke dalam bekas kecuali butter.Ingat,jgn sekali-kali mencampurkan garam ke dalam larutan yg bercampur yis nanti yis tu tak kembang.Uli tepung sehingga menjadi doh.Then baru dimasukkan butter.Uli lagi doh dgn menggunakan kudrat yang ade(hehe..sbb tak de mesin pengadun roti).Uli doh sampai jadi liat spt chewing gum ketika ditarik.Fahamke?Agak-agak dah penat menguli dan doh pun dah jadi lembut dan liat mcm chewing gum,rehatkan doh selama 1/2 jam.
Selepas 1/2 jam, doh akan naik 2 kali ganda dari asal(sepatutnyala).Then genggam penumbuk,tumbuk-tumbukkan doh tadi dengan penuh perasaan untuk mengeluarkan angin di dalammya.Then bahagi-bahagikan doh sebesar bola golf atau apa2 saiz yang sesuaila.Canai dan masukkan inti hot dog ikut kreativiti anda.Susunkan bun yg telah dimasukkan inti(hot dog atau sardin atau ape2 aje yg sesuai dgn citarasa anda) ke atas loyang pembakar.Susun biar renggang sedikit.Rehatkan lagi roti selama 1/2 jam. Bun tadi akan kembang sekali lagi.
Panaskan oven dalam 160 c - 170 c.Sapu permukaan atas roti dengan kuning telor supaya bila dah masak nanti nampak cantik berkilat. Bakar selama 20-30 minit. Nampak kekuningan bolehla di angkat.
Haa...semerbakla satu rumah bau harum roti,mcm dok di kilang roti.Macam anak bongsu saya kata pada abang dan kakaknya pandainye ibu kita buat roti...kagum sungguh dia.
Selamat Mencuba.