Sunday, February 13, 2011

Resipi Kek Cheese


Assalamualaikum.Post yang kedua ini saya nak berkongsi resipi Cheese cake.Semoga resipi ini dapat dikongsi oleh orang lain.Saya bukanlah spt org2 lain yg pakar memasak.tp bila dah mcm menjadi tu teringin la jugak nak kongsikan resipi tu dgn org lain.Jadi sape2 yang guna resipi ni dan mencubanya dapatla juga saya pahala.betol tak.Sebenarnya ini adalah aktiviti masa cuti persekolahan 2010 yang lepas.Saje suka2.saje cuba2.memang cuti2 panjang mcm nila pun ade peluang lebih skit nak belajar memasak.anak2 pun dah pelan membesar.jadi masa nilah nak mencuba resipi2 kegemaran anak2 dan suami.Jenuh juga surfing dlm tnet cara nak buat cheese cake.ye la dlm tnet taip je apa resipi yg kita nak,mcm2 jenis resipi yg kluar.bila kita cuba kdg2 tak jadi.tu yang survey lebih skit tu.(mcm ade pngalaman aje ye).Kebetulan pulak dalam majalah NUR bulan disember 2010, ade tercatat resipi Cheese cake,jadi semangat betol nak mencuba.Suami dan anak2 pulak memberi sokongan sepenuhnya bila ibunya kata jom kita try buat cheese cake besok?Alhamdulillah...tulah hasilnya..mase gmbr tu diambil,tak terfikir pun nak dikongsikan resipinya untuk tatapan.gambar tu pun diambil kebetulan aje.dah nak abis pun..

Resipinya :(Bhg dasar)
15 keping biskut digestive(dihancurkan,ramas dan dikisar halus)
100gm mentega dicairkan dgn api perlahan
Gaulkan biskut yg dikisar td dgn mentega cair dan padatkan dalam acuan cheese cake.Untuk dijadikan dasarnya sbb cheese cake ni kan lembut bhg atasnya tu.Guna acuan cheese cake yang 9 inci.Biarkan dlm 10 minit dalam peti sejuk.Sementara tu kita sediakan bhg atas pulak.



(Bhg atas):
500gm cream cheese
150gm gula
5 biji telur kuning sahaja
1 sudu teh esen vanilla

Campurkan semuanya dan putar sampai kembang.Keluarkan bhg dasar tadi dr p.ais dan masukkan adunan yg telah diputar tadi diatasnya sampai habis.then bakar 40 minit dalam api 150 c.
Tambahan : Selepas kek masak.Sejukkan dahulu.Baru dihias dgn whipping Cream yang diputar sampai gebu.Lepas tu letak aje filling blueberry.Jadila Blueberry Cheese Cake.

Diharapkan resipi ini dapat memberi manafaat kepada orang lain.Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment